CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Bloggers' Rights at EFF

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

PENULIS (WRITTER)

My photo
Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Assalamualaikum & Salam sejahtera kepada pembaca-pembaca sekalian; blog ini merupakan blog persendirian saya untuk tujuan peribadi dan urusniaga kecil. Sila tinggalkan komen-komen anda ataupun terus menghubungi saya untuk tujuan urusniaga. Sekian dan Terima kasih. (Assalamualaikum and greetings to all readers; this is a personal blog of mine; for personal needs and business needs. Please leave your comments or please feel free to contact me for business matters. Thanks)

Wednesday, April 18, 2012

SIAPA KENAL DIRINYA DIA AKAN MENGENAL ALLAH

Salah satu cara mengenal Allah ialah dengan mengenal diri sendiri. Maksudnya ialah hakikat diri yang sebenarnya. Adapun maksud diri yang sebenarnya itu bukanlah diri yang bersifat lahiriah, kerana jasad ini tidak membawa makna yang sebenar untuk mengenal Allah SWT.

Pada abad moden ini ramai dikalangan kita tidak mengenal dirinya yang sebenar. Mereka menganggap bahawa dirinya hanyalah tubuh badan yang terdiri daripada kulit, daging, tulang, darah dan sebagainya. Yang dimaksudkan dengan sebenarnya ialah diri yang batin iaitu diri yang datang dan akan kembali kepada Allah SWT.

Ulama ilmu ketuhanan atau ilmu tauhid berpegang bahawa diri kita ini merupakan tangga untuk mengenal Allah, sesuai dengan dalil yang mengatakan: “Siapa yang mengenal dirinya, sesungguhnya ia akan mengenal Tuhan-nya”. Dikalangan ulama tasauf atau ulama ilmu ketuhanan selalu menasihatkan carilah diri kamu di dalam diri”, maksudnya ialah menyuruh agar kita mencari hakikat diri kita yang sebenarnya terlebih dahulu. Apabila kita telah menemukan diri kita yang sebenarnya pasti kita akan mengakui hakikat adanya Allah SWT.

Hakikat diri yang sebenarnya merupakan roh atau jiwa ataupun rohani yang ada dalam diri manusia itu sendiri yang harus dikenali setiap manusia. Diri batiniah ini tidak dapat dilihat atau diraba oleh mata lahiriah dan tangan manusia. Walaupun di dalam Al Quran “diri” itu disebut dengan berbagai istilah, tetapi tujuannya adalah untuk mengingatkan kepada manusia supaya berfikir bahawa betapa luasnya “diri” yang hakikat itu di dalam manusia. Diri manusia dilengkapi oleh Allah dengan sifat-sifat tertentu, kemudian sifat-sifat tersebut dinilai atau dihisab samada baik ataupun buruk.

Firman Allah SWT maksudnya:

“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati semuanya itu akan diminta pertnggungjawapannya”. (Al Isra’ 36)

Allah menjelaskan kepada kita tentang istilah jiwa dan sifat yang terdapat pada jiwa, iaitu pendengaran, penglihatan, disamping roh juga akan diuji tentang ketakwaannya kepada Allah. Itulah sebabnya ketika Allah berfirman kepada roh-roh atau jiwa sedia untuk berbakti dan melaksanakan perintah Allah SWT. Untuk melakukan dan melaksanakan perintah tersebut maka diciptakanlah jasad, lalu Allah menjadikan Adam. Roh telah berikrar dan berjanji kepada Allah, maka untuk membuktikan dan berbuat sesuatu maka roh memerlukan tempat iaitu jasad.

Istilah batin disebut juga dalam Al Quran dengan qalbi. seandainya qalbi tersebut diterangi dengan nur maka selamatlah seseorang itu. Maka sekiranya tiada nur, gelaplah seseorang itu. Qalbi mesti mempunyai asas yang membolehkannya selamat yang hanya Allah menentukannya. Sesungguhnya segala sesuatu yang ada dalam diri berupa nafas, akal, nafsu dan roh bila menjadi satu maka dinamakan dengan insan.

Qalbi di dalam Al Quran diistilah sebagai diri atau hati. Qalbi sebenarnya mengetahui apa yang patut dibuat dan apa yang patut dilaksanakan mengikut nilai-nilai diri itu sendiri. Firman Allah SWT maksudnya:

“Sesungguhnya berbahagialah sesiapa yang membersihkan jiwanya dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya”. (As Sham, 9 - 10)

Jadi untuk merealisasikan pengertian bahawa siapa yang mengenal dirinya akan mengenali

Tuhan-nya itu, iaitu dengan cara memahami hakikat roh, jiwa atau qalbi yang sebenarnya. Sesungguhnya untuk mencapai ke tahap yang tinggi memerlukan pengetahuan dan keyakinan yang kukuh terhadap Allah SWT. Wallhu A’lam.

Hukum Bersanding Mengikut Perspektif Islam

Persandingan mungkin suatu yang biasa kita dengar dan lihat. Namun, sedarkah kita tentang apa pandangan syarak terhadapnya? Mungkin ramai yang bersetuju pada teorinya...tetapi bila ketika praktikalnya, ramai yang kecundang..termasuklah Ustaz dan Ustazah (yang mengaji agama). Bila ditanya persoalan tu oleh seorang sahabat, saya rasa seperti diketuk kepala..tersedar banyaknya hukum kita ambil mudah..setiap perbuatn kita tidak teliti soal hukum..apabila diselidiki, artikel ini mungkin dapat membantu dan membuka perbincangan..mudah-mudahan kita tidak terjebak ke landasan ciptaan syaitan yang inginkan menyesatkan manusia...

1. Definisi Persandingan: meletakkan suami-isteri yang baru dinikahkan di atas penganjangan (pelamin) dengan berhias indah, berpakaian lengkap, dikipas oleh dua jurukipas dan ditonton oleh orang ramai atau orang tertentu sahaja.

2. Tujuan: antara tujuan utama persandingan ialah untuk ditonton, menjadi kenangan bersejarah, meraikan peluang seumur hidup dan menghayati adat dan budaya nenek moyang.

3. Sejarah: ada dua teori dalam menjelaskan dari mana asalnya persandingan dalam adat Melayu. Pertama: bahawa persandingan adalah adat resam Melayu tulen. Ini kerana istilah raja sehari itu persis kepada adat istiadat Melayu yang berpaksikan raja (HM Sidin, Adat Resam Melayu, PAP, 1964)

Kedua: Persandingan adalah adat yang diimport dari India. De Jong (Religions in the Malay Archipelago, Oxford Univ. press, 1965) dan Joginder Singh (Tata Rakyat, Longman, 1978) berpendapat ia adalah pengaruh Hindu.

4. Unsur-unsur khurafat dalam persandingan:

(a) Penggunaan beras kunyit pada upacara persandingan ialah bertujuan memberi semangat kepada pengantin berdasarkan kekuningan semangat padi.

(b) Penggunaan jampi mentera untuk menghalau hantu syaitan yang mungkin mengganggu majlis itu.

Hukum Islam Terhadap Persandingan

1. Menabur Beras Kunyit: Jika ia ditabur dengan tujuan menambah semangat dan menghalau roh jahat, maka ia adalah syirik--bercanggah dengan surah al-Fatihah: ayat 5: Thee do we worship, and Thine aid we seek., dan Yunus: 107: If Allah do touch thee with hurt, there is none can remove it but He: if He do design some benefit for thee, there is none can keep back His favour: He causeth it to reach whomsoever of His servants He pleaseth. And He is the Oft-Forgiving, Most Merciful.

2. Membaca Jampi Mentera: Jika beriktikad bomoh atau pawang itu membaca jampi-mentera dengan tujuan dapat memelihara majlis itu daripada roh jahat, maka dia juga amalan syirik seperti yang dijelaskan di atas.

3. Berandam: Perbuatan andaman yang berbentuk "li tadlis" mengabui/merubah kecantikan yang sebenar adalah haram. Antaranya yang disebut oleh al-hadis: HR Muslim-Muslim dari Abdullah Ibn Mas'ud: "Allah melaknat wanita yang mencucuk tangan dan menaruh warna (tattoo) dan yang meminta berbuat demikian; wanita-wanita yang menghilangkan bulu kening di muka*, wanita yang mengikir gigi dan menjarangkannya supaya kelihatan cantik yang merubah kejadian Allah." (*pengecualian: membuang bulu yang berupa janggut atau misai atau side-burn.)

4. Berhias untuk dipamerkan (tabarruj): Berhias dengan tujuan untuk dipamerkan kepada orang ramai adalah dilarang. Firman Allah (maksudnya), "Janganlah kamu bertabarruj seperti kelakuan orang zaman jahiliah dahulu." (Al-Ahzab: 33)

5. Mengadakan kenduri walimah secara besar-besaran: Hukum sebenar kenduri kahwin ialah sunat sahaja sebagaimana sabda baginda: "Adakanlah kenduri kahwin walaupun hanya dengan seekor kambing."

Islam mencela amalan boros: "Janganlah kamu membazir secara melampau." (Maksud al-Isra': 26)

6. Menjadikan hadiah atau pemberian wang sebagai satu kemestian: Ini berlawanan dengan roh Islam Firman Allah," Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya." (2: 286)

7. Mas kahwin dan hantaran yang mahal: Inilah adalah sunah Rasul saw: "Wanita yang paling berkat ialah wanita yang paling murah hantarannya." (HR Ahmad, al-Hakim dan Baihaqi)

Demi meraikan adat: Islam membenarkan persandingan dengan meletakkan syarat:

1. Jika ia disandingkan secara tertutup (di hadapan muhrim atau keluarga terdekat) dan kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat.

2. Jika ingin melakukan secara terbuka diharuskan jika bertujuan iklan dan memperkenalkan mempelai kepada para jemputan dan kaum keluarga dengan syarat kesemua pihak baik pengantin dan para jemputan semua menutup aurat kecuali perhiasan yang biasa dilihat.

Rujukan

1. Prof Muhammad al-Ghazali, Laisa minal Islam.

2. Ibn Taymiyah, Hijab al Mar'ah wa Libasuha.

3. Prof Qardhawi, Fatwa Mu'asirat dan Halal & Haram fil Islam.

Tuesday, April 17, 2012

Sufi agung - Mansur al Hallaj.

Abu Al-Mughis Hussein Bin Mansul Al Hallaj atau lebih dikenali sebagai Al Hallaj, telah menulis sebuah kitab tasauf yang masyhur Ana Al Haq (Aku Lah Yang Benar). Ungkapan Ana Al Haq(Aku Lah Yang Benar) ini jugalah yang telah membawa Al Hallaj ke tiang salib, dihukum mati dihadapan ribuan manusia oleh Khalifah ketika itu.

Khalifah memerintahkan supaya Abu Al-Mughis Hussein direjam dengan batu oleh orang ramai yang ada disitu. Beliau tahan semua itu. Tetapi apabila Abu Bakar Al Syiibli (sufi besar seangkatan dengan nya) melimparnya dengan bunga, beliau menjerit. Apabila ditanya mengapa beliau berkelakuan ganjil seperti itu, beliau menjawab, "Orang yang merejam aku dengan batu itu adalah jahil. Oleh itu aku tak peduli. Tetapi apabila Al Syibli melempar aku dengan bunga, dia tidak boleh dimaafkan kerana dia orang berilmu".


Setelah direjam diatas tiang salib, kedua-dua tangan Abu Al-Mughis Hussein dipotong. Beliau tersenyum. Apabila ditanya kenapa tersenyum sedang kedua tangannya telah putus dipotong, beliau menjawab, "Mereka telah memotong tangan zahirku. Tetapi tangan batinku berpegang teguh kapada Allah dan mereka tidak dapat memotong tangan batinku itu"


Melihat keadaannya seperti tidak merasa sebarang kesakitan, kedua kakinya pula dipotong. Beliau tersenyum lagi sambil berkata "Mereka telah memotong kaki zahirku. Tetapi mereka tidak dapat memotong kaki batinku, dan sekarang dengan kaki batinku ini aku dapat mengembara di dalam dua alam".


Abu Al-Mughis Hussein menyapu mukanya dengan tangan yang kudung dan berdarah itu lalu berkata, " Hari ini aku rasa gembira kerana bedak orang-orang syahid telah disapu ke muka ku".


Kemudia beliau berada dalam keadaan seperti orang sedang bersolat, dan pada ketika itu kedua matanya pula dicungkil dan lidahnya dipotong. Akhirnya kepalanya dipenggal. Sebelum lidah dan kepalanya dipotong, beliau berdoa, " Ya Allah!, aku bersyukur kapada Mu kerana Engkau telah memberi aku tahan dan sabar hingga bercerai nyawa dari badan. Kau kurniakan lah juga kapada kapada orang-orang yang menghukumku dan mereka yang hadir". Beliau terus berkata, "Bersahabat dengan Yang Maha Esa itu memencilkan kamu dengan yang lain dan membuat kamu luar biasa".


Pada masa kepalanya dipenggal, beliau ketawa. Pada ketika itu nyawanya pun bercerai dari badan nya. Semua anggotanya yang terpotong itu menjeri, :Ana al Haq!" (Akulah Haq). Melihat keadaan itu khalifah memerintahkan supaya anggota badan yang terpotong itu dibakar, setelah dibakar abu itu pun menejrit juga "Ana al Haq!". Melihat keadaan itu khalifah memerintahkan pula supaya abu itu dibuang ke sungai Dajlah, dan abu itu membentuk tulisan "Ana al Haq" diatas permukaan sungai. Air sungai lantaran berbuih dan air mula melimpah.


Abu Al-Mughis Hussein semasa hidupnya telah mengetahui yang beliau akan dihukum sedemikian rupa dan mengetahui bahawa air sungai Dajlah akan melimpah dan boleh menyebabkan banjir besar. Beliau telah berpesan supaya pakaianya diletakkan diatas permukaan sungai tersebut. Dengan itu air akan surut dan terpeliharalah kota Baghdad dari banjir besar.


Syeikh Abd Kadir Jailani pernah berkata, "Sekiranya aku hidup dizaman Abu Al-Mughis Hussein akan ku pertahankan belaiu dari dihukum dengan tanganku sendiri".


Persoalanya mengapakan Abu Al-Mughis Hussein mengungkapkan "Ana al Haq!" (akulah yang Haq), suatu ungkapan yang syirik pada kacamata orang awam?. Apakah yang dimaksudkan " Ana al Haq" oleh beliau?.


Wallah hu waalam.


Dipetik dari kitab :Tazkiratul Auliya

SEDEKAH AL-FATIHAH TIDAK SAMPAI KEPADA SI MATI.

Bila berlaku kematian atau di kubur, kita sering atau biasa mendengar/lihat dibaca surah al Fatihah, begitu juga dibacakan surah Yasin. ...tetapi amalan ini sebenarnya tidak seperti yang disangka byk pihak..kerana dikatakan sedekah al-Fatihah..yasin dan lain2 ayat adalah pahalanya tidak sampai kepada si mati!....

Walaupun terdapat perselisihan ulama berhubung perkara ini. Kita lihat pendapat Iman Syafie....yang menjadi pegangan masyarakat islam di Malaysia...Mengikut pendapat Imam Syafie dalam Tafsir Ibn Kathir, bacaan al-Quran tidak sampai kepada si mati berdasar hujah firman Allah S.W.T :
'Seseorang manusia tidak akan memperolehi apa-apa kecuali dengan apa yang diusahakannya' - Surah al-Najm:39

Hadis Rasulullah s.a.w :

"Apabila matinya seorang anak Adam, terputuslah pahala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariahnya, ilmu yang dimanfaatkannya dan doa anak yang soleh kepadanya"- Hadis sahih riwayat Abu Daud

Disini ada kebenarannya..lebih2 lagi ini pendapat Iman Syafie...
tapi bukankah kita biasa buat sebaliknya????????????????????????
Minta share jika ada kebenaranya tentang perkara yg masyarakat kita buat selama ini..sbb kalau tgk kebiasaan cam bercanggah dengan pendapat Iman besar kita ini....................................................................................

IMAN ITU ADA 70 CABANG.

Iman itu ada 70 cabang lebih, paling tingginya adalah ucapan laa ilaaha illallah dan paling rendahnya adalah menyingkirkan gangguan di jalan, dan sifat malu merupakan cabang dari iman” (terjemah Hadits Riwayat Imam Muslim no.35,58) Asyrof (1998)
menyatakan:
Sekelompok ulama
memaksakan diri untuk
menghitung cabang-
cabang iman dengan cara ijtihad. Secara hukum hal
ini adalah suatu
kehendak yang sulit,
maka tidak tercela orang
yang tidak mengetahui
secara terperinci tenta...ng berapa batasan
cabang keimanan ini. Pun
tidak ada kesepakatan
para ulama sehubungan
dengan rincian tersebut. Beliau menyatakan: Cabang-cabang iman
terbagi menjadi 3 cabang:
1.amalan hati
2.amalan lisan
3.amalan badan/ anggota
tubuh Tiga cabang ini terbagi
menjadi beberapa cabang
lagi. Cabang iman dari amalan-
amalan yang
berhubungan dengan
hati: adalah berkaitan
dengan keyakinan-
keyakinan (aqidah- aqidah) dan niat,
mencakupi 23 macam. 1.Iman kepada Allah,
termasuk: iman terhadap
Dzat Allah, sifat-sifat
Allah, tauhid/
mengesakan Allah
bahwa Dialah Dzat dimana tidak ada
satupun yang
menyerupai-Nya dan
meyakini bahwa selain
Allah adalah ciptaan-Nya.
2.Beriman kepada malaikat Allah
3.Beriman kepada kitab-
kitab Allah
4.Beriman kepada rosul-
rosul Allah
5.Beriman terhadap taqdir Allah yang baik
maupun yang buruk
6.Beriman terhadap hari
kiamat, termasuk:
pertanyaan malaikat di
dalam kubur, adanya hari kebangkitan, hari
perhitungan/
pembalasan, adanya
timbangan amalan,
jembatan di atas neraka,
beriman terhadap adanya surga dan
neraka.
7.Cinta kepada Allah
8.Cinta dan benci karena
Allah
9.Cinta kepada Rosulullah disertai keyakinan untuk
mengagungkan beliau
sesuai kedudukan beliau,
termasuk bersholawat
atas beliau dan mengikuti
sunnah beliau. 10.Ikhlash, termasuk:
meninggalkan
riya’ (beramal untuk
dilihat orang) dan nifaq
(sifat munafiq)
11.Taubat 12.Takut akan adzab
Allah
13.Mengharap ridha dan
pahala dari Allah
14.Syukur kepada Allah
15.Memenuhi janji untuk taat kepada Allah dan
yang lainnya.
16.Sabar
17.Redha terhadap
ketentuan Allah / takdir
Allah. 18.Tawakal kepada Allah
19.Kasih sayang
20.Tawadhu’ hormat
kepada yang lebih tua
dan sayang kepada yang
lebih muda. 21.Meninggalkan
perangai sombong dan
ujub (ingin dipuji)
22.Meninggalkan dengki
23.Meninggalkan
perangai marah Amalan lisan, mencakupi
7 macam iaitu: 1.Melafadzkan kalimat
tauhid laa ilaaha illallah
2.Membaca Al-Quran
3.Menuntut ilmu
4.Mengajarkan ilmu
5.Berdoa 6.Berdzikir termasuk
istighfar
7.Menjauhi perkara-
perkara yang tidak
bermanfaat/senda
gurau. Amalan badan/anggota
tubuh, mencakup 38
macam:
Amalan badan yang
berkaitan dengan
individu/ pribadi: 1.Mensucikan diri secara
lahir maupun hukum.
Termasuk: menjauhi
perkara-perkara najis.
2.Menutup aurat.
3.Solat wajib dan sunat 4.Zakat.
5.Berbuat baik terhadap
karib/ keluarga dekat.
6.Derma, termasuk:
memberi makan orang
lain atau memuliakan tamu.
7.Puasa wajib dan sunat
8.Haji dan umrah
9.Thawaf
10.I’tikaf
11.Berusaha/ mencari mendapatkan malam
lailatul qadar.
12.Hijrah kerana ajaran
agama, termasuk hijrah
dari kampung kesyirikan
menuju kampung yang muslim.
13.Memenuhi nadzar.
14.Berupaya untuk
meraih tingkatan-
tingkatan iman.
15.Membayar kafarat/ denda Amalan badan yang
berhubungan dengan
ittiba’/mencontoh
Rosulullah ada 7 macam: 1.Berupaya untuk
menikah
2.Melaksanakan hak-hak
keluarga (isteri, anak dan
lainnya)
3.Berbakti kepada orang tua termasuk: tidak
boleh durhaka kepada
orang tua
...4.Mendidik anak-anak
5.Menyambung tali
kekerabatan/ silaturrahmi
6.Taat kepada pemimpin
7.Berlemah lembut
kepada orang lain Amalan badan yang
berhubungan dengan
kemasyarakatan, ada 17
macam: 1.Menegakkan
kepemimpinan yang adil.
2.Mengikuti al-jama’ah/
kebenaran.
3.Taat kepada
pemerintah muslim. 4.Mendamaikan antara
pihak yang bertikai atau
sebagai mediator untuk
perdamaian, termasuk:
memerangi Khawarij dan
para pemberontak. 5.Tolong-menolong
dalam hal yang baik,
termasuk: amar-ma’ruf
nahi mungkar.
6.Menegakkan hudud
atau hukum-hukum Allah.
7.Jihad, termasuk
berjaga-jaga di
perbatasan musuh.
8.Menyampaikan amanat
yang dibebankan kepadanya, di antaranya:
membagikan 1/5 dari
harta rampasan perang.
9.Pinjam meminjami
dengan orang lain.
10.Membantu memuliakan tetangga.
11.Berbuat baik dalam
bermu’amalah, termasuk:
mengumpulkan harta
yang halal.
12.Menginfakkan harta kepada yang berhak
menerima, termasuk:
tidak boleh berlebih-
lebihan dalam berinfak
yang bukan karena
Allah. 13.Menjawab salam.
14.Mendoakan orang
bersin.
15.Menolak gangguan
dari orang lain.
16.Menjauhi hal-hal yang tidak ada manfaatnya.
17.Menyingkirkan duri
dari jalan. Keseluruhan jumlahnya
adalah 69 cabang iman,
bisa juga dihitung
menjadi 79 kalau bagian-
bagiannya dimasukkan
pula.” Wallahu a’lam. (Fathul Bari 1/ 52-53) Daftar Pustaka:
Perkara Keimanan yang
Global dari Pokok-Pokok
Aqidah
Salafiyyah.Penyusun:
Syaikh Husain bin Audah al-Awaisyah, Syaikh
Muhammad bin Musa Alu
Nashr, Syaikh Salim bin
Ied al-Hilaaly, Syaikh Ali
bin Hasan al-Halaby al-
Atsary, Syaikh Masyhur bin Hasan Alu Salman.
Diperiksa dan Disepakati
oleh: Sejumlah Ulama dan
Penuntut Ilmu.
Diterbitkan oleh: Markaz
Imam Albany Divisi Pengajaran Manhaj dan
Riset Ilmiah Amman –
Yordania 1421 H./2000
M. Dialihbahasakan oleh:
Abu Salma bin Burhan al-
Atsary. Dikoreksi oleh: Ust. Abu ‘Athiyyah, Lc.,
M.Ag. Disebarkan
oleh :Lajnah Da’wah dan
Ta’lim FSMS (Forum
Silaturrahim Mahasiswa
as-Sunnah) Surabaya. At-Taudhihu wa Al-
Bayanu li Syajarati Al-
Imani, Tafsiruhu…
Ushuluhu wa mawaduhu
min Ayyi Syai-in
Yustamadu Fawa-iduhu wa Tsamaratuhu. Penulis:
Syaikh Abdurrahman bin
Nashir As-Sa’di.
Penyusun: Abu
Muhammad Asyrof bin
Abdul Maqsud. Penerbit: Adhwa-us Salaf 1419 H/
1998 M. Edisi Indonesia:
Manisnya Buah Keimanan.
Penerjemah: Ahmad
Khodimul Hannan.
Murajaah: Ustadz Usamah Faishal Mahri. Penerbit:
Cahaya Tauhid Press,
2004.

Saturday, January 3, 2009

Kraftangan Sabah (Jualan)

Kraftangan Sabah (Jualan)



Barang-barang kraftangan berikut merupakan barangan jualan saya dan sekeluarga. Barang-barang kraftangan tersebut merupakan barangan tradisional rakyat Sabah di Timur Malaysia. Perniagaan ini hanyalah dibuat di kawasan Malaysia sahaja, NAMUN Negara luar boleh berunding mengenainya.

Bagi sesiapa yang berminat untuk menempah atau memborong barangan kraf tersebut; bolehlah menghubungi saya di email (Gmail / Yahoo Mail). Komen dan pandangan serta perundingan awal boleh ditinggalkan di ruangan komen ini. Sebarang rundingan akan dibuat sejurus selepas anda menyatakan hasrat anda. Penghantaran, pengenalan barang-barang kraf, fungsi dan harga akan dirunding pada masa urusniaga dijalankan.

Bagi memudahkan kedua-dua pihak, sila tinggalkan nama ataupun pengenalan anda serta email / no.telefon bagi menjalankan urusniaga tersebut.

Perlu diingatkan tempoh penghantaran sebarang urusniaga adalah tertalkuk dengan kuantiti yang diperlukan oleh klient dan masa untuk kami menyediakanya. Harap Maklum.

***** ***** ***** *****

These traditional handicrafts are considered as my family business matters; those are collectible at around Sabah (East Malaysia). This business is only available for local needs; however I can manage to do business with foreign countries.

For those who are interested to order and buy some of my handicrafts sell; you can reach me at my email (Gmail / Yahoo Mail). Comments, suggestion, and inquiries are acceptable in this page. Business will be taken shortly after you set your order. All discussions bout deliveries, item’s descriptions, and the prizes will be discussed while doing business together.

For both parties advantages please leave your name / identity, email, contact number and etc. to do business.

Last but not least; please be informed that all agreements especially the deliveries period is depends on the quantity of the handicrafts items that ordered by our costumer and our suppliers to provide the orders. However I can assure doing business is a serious matter to me.

Writer

AMARAN (WARNING)

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape