CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Bloggers' Rights at EFF

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape

PENULIS (WRITTER)

My photo
Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Assalamualaikum & Salam sejahtera kepada pembaca-pembaca sekalian; blog ini merupakan blog persendirian saya untuk tujuan peribadi dan urusniaga kecil. Sila tinggalkan komen-komen anda ataupun terus menghubungi saya untuk tujuan urusniaga. Sekian dan Terima kasih. (Assalamualaikum and greetings to all readers; this is a personal blog of mine; for personal needs and business needs. Please leave your comments or please feel free to contact me for business matters. Thanks)

Tuesday, April 17, 2012

Sufi agung - Mansur al Hallaj.

Abu Al-Mughis Hussein Bin Mansul Al Hallaj atau lebih dikenali sebagai Al Hallaj, telah menulis sebuah kitab tasauf yang masyhur Ana Al Haq (Aku Lah Yang Benar). Ungkapan Ana Al Haq(Aku Lah Yang Benar) ini jugalah yang telah membawa Al Hallaj ke tiang salib, dihukum mati dihadapan ribuan manusia oleh Khalifah ketika itu.

Khalifah memerintahkan supaya Abu Al-Mughis Hussein direjam dengan batu oleh orang ramai yang ada disitu. Beliau tahan semua itu. Tetapi apabila Abu Bakar Al Syiibli (sufi besar seangkatan dengan nya) melimparnya dengan bunga, beliau menjerit. Apabila ditanya mengapa beliau berkelakuan ganjil seperti itu, beliau menjawab, "Orang yang merejam aku dengan batu itu adalah jahil. Oleh itu aku tak peduli. Tetapi apabila Al Syibli melempar aku dengan bunga, dia tidak boleh dimaafkan kerana dia orang berilmu".


Setelah direjam diatas tiang salib, kedua-dua tangan Abu Al-Mughis Hussein dipotong. Beliau tersenyum. Apabila ditanya kenapa tersenyum sedang kedua tangannya telah putus dipotong, beliau menjawab, "Mereka telah memotong tangan zahirku. Tetapi tangan batinku berpegang teguh kapada Allah dan mereka tidak dapat memotong tangan batinku itu"


Melihat keadaannya seperti tidak merasa sebarang kesakitan, kedua kakinya pula dipotong. Beliau tersenyum lagi sambil berkata "Mereka telah memotong kaki zahirku. Tetapi mereka tidak dapat memotong kaki batinku, dan sekarang dengan kaki batinku ini aku dapat mengembara di dalam dua alam".


Abu Al-Mughis Hussein menyapu mukanya dengan tangan yang kudung dan berdarah itu lalu berkata, " Hari ini aku rasa gembira kerana bedak orang-orang syahid telah disapu ke muka ku".


Kemudia beliau berada dalam keadaan seperti orang sedang bersolat, dan pada ketika itu kedua matanya pula dicungkil dan lidahnya dipotong. Akhirnya kepalanya dipenggal. Sebelum lidah dan kepalanya dipotong, beliau berdoa, " Ya Allah!, aku bersyukur kapada Mu kerana Engkau telah memberi aku tahan dan sabar hingga bercerai nyawa dari badan. Kau kurniakan lah juga kapada kapada orang-orang yang menghukumku dan mereka yang hadir". Beliau terus berkata, "Bersahabat dengan Yang Maha Esa itu memencilkan kamu dengan yang lain dan membuat kamu luar biasa".


Pada masa kepalanya dipenggal, beliau ketawa. Pada ketika itu nyawanya pun bercerai dari badan nya. Semua anggotanya yang terpotong itu menjeri, :Ana al Haq!" (Akulah Haq). Melihat keadaan itu khalifah memerintahkan supaya anggota badan yang terpotong itu dibakar, setelah dibakar abu itu pun menejrit juga "Ana al Haq!". Melihat keadaan itu khalifah memerintahkan pula supaya abu itu dibuang ke sungai Dajlah, dan abu itu membentuk tulisan "Ana al Haq" diatas permukaan sungai. Air sungai lantaran berbuih dan air mula melimpah.


Abu Al-Mughis Hussein semasa hidupnya telah mengetahui yang beliau akan dihukum sedemikian rupa dan mengetahui bahawa air sungai Dajlah akan melimpah dan boleh menyebabkan banjir besar. Beliau telah berpesan supaya pakaianya diletakkan diatas permukaan sungai tersebut. Dengan itu air akan surut dan terpeliharalah kota Baghdad dari banjir besar.


Syeikh Abd Kadir Jailani pernah berkata, "Sekiranya aku hidup dizaman Abu Al-Mughis Hussein akan ku pertahankan belaiu dari dihukum dengan tanganku sendiri".


Persoalanya mengapakan Abu Al-Mughis Hussein mengungkapkan "Ana al Haq!" (akulah yang Haq), suatu ungkapan yang syirik pada kacamata orang awam?. Apakah yang dimaksudkan " Ana al Haq" oleh beliau?.


Wallah hu waalam.


Dipetik dari kitab :Tazkiratul Auliya

0 Komen:

AMARAN (WARNING)

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape